
Afterschool
June 14, 2016
Wakil kami bercakap selama satu jam di hadapan kira-kira 204 orang pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri WPKL dan kaunselor dari sekolah rendah dan menengah di PPD Sentul, Keramat, Bangsar dan Pudu.
Tujuan Afterschool mengadakan ceramah ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada para kaunselor tentang laman web Afterschool, disamping memperkenalkan fungsi-fungsi laman web ini seperti Soal Jawab, Kerjaya, Biasiswa, Berita dan sebagainya.
Tambahan pula, Afterschool juga berkongsi pandangan tentang kerjaya yang berada di pasaran, disamping tips memohon biasiswa, dan soal jawab yang biasa ditanyakan oleh para pelajar di laman web Afterschool.
Mereka yang hadir juga menyaksikan majalah SPM Revision Guide 2016 yang kini diedarkan di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Perak dan Pulau Pinang.
