
Afterschool
August 21, 2017
Jika anda menggunakan telefon, tentu anda mengenali syarikat telco terkemuka di negara ini iaitu Celcom Axiata. Seiring dengan perkembangan syarikat, pihak syarikat mula memperkenalkan program latihan pengurusan syarikat itu sekaligus membuka peluang pekerjaan kepada graduan melalui Program Pelatih Pengurusan Celcom Axiata (CAMT).
Tujuan utama mereka memperkenalkan program ini adalah untuk mengenal pasti dan mengembangkan bakat muda supaya menjadi pelapis kepimpinan organisasi, industri dan negara di masa depan. Pemilihan yang ketat dilaksanakan oleh pihak syarikat bagi memastikan semua graduan yang terpilih memiliki potensi yang tinggi sekaligus menjadi aset bernilai kepada syarikat.
Program CAMT dilaksanakan selama 18 bulan. Program pembangunan berasaskan pendidikan intensif ini melibatkan gabungan bengkel, projek, pembinaan dan peluang untuk berinteraksi dengan pekerja lain daripada pelbagai department (jabatan) selain mengenali pelbagai fungsi jawatan dan syarikat umumnya.
Sekiranya anda terpilih, anda akan dinilai melalui proses pemilihan yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Pra pemeriksaan,
Pra-pemeriksaan
Pada pra-pemeriksaan melibatkan proses menyemak syarat kelayakan anda. Anda mesti memenuhi kriteria berikut:
Flexibility Belajar dan Keterampilan Belajar
Jika anda memenuhi kriteria di atas, pihak syarikat akan meminta anda untuk menjalani dua ujian penilaian bagi menentukan keupayaan pemohon dari segi keserasian tingkah laku dan ketangkasan pembelajaran.
Jika anda berminat memenuhi syarat kelayakan dan ingin menyahut cabaran ini, anda boleh layari laman rasmi Celcom Axiata bagi permohonan secara online. KLIK DISINI. Untuk program latihan siswazah yang lain, anda boleh rujuk link berikut :
Starbucks Tawarkan Pekerjaan dalam Bentuk Program Latihan untuk Siswazah
P&G Buka Tawaran Kepada Pelajar Tahun Akhir & Lepasan Siswazah untuk Bina Kerjaya selepas Tamat Pengajian
Program Latihan Siswazah Perantis PUNB 2017!
Tawaran Latihan Siswazah & Pekerjaan oleh Global Business Centre (GBS) Asia Khas untuk Graduan Bidang Perakaunan, Kewangan, Pengajian Perniagaan, Sumber Manusia atau Bidang Berkaitan