
Afterschool
March 28, 2016
Menurut laporan Berita Harian, calon peperiksaan mulai Penggal 2 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 dan ujian Malaysian University English Test (MUET) sesi Julai 2016 dilarang memakai serta membawa masuk jam tangan ke dalam bilik atau dewan peperiksaan.
Sementara itu, Datuk Seri Mahadzir Khalid selaku Menteri Pendidikan berpendapat beliau tidak nampak kewajaran dari larangan tersebut.
"Saya tidak nampak kewajaran larangan membawa masuk jam tangan ke dalam dewan. Adakah semua jenis jam tangan atau jam tertentu?
"Kita akan memanggil pihak MPM bagi mendapatkan penjelasan lanjut dan saya mengakui banyak pihak mempersoalkan larangan berkenaan," katanya pada sidang media.