
Afterschool
April 5, 2016
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB), Prof. Tan Sri Dr. Sahol Hamid Abu Bakar menyeru golongan belia di negara ini agar tidak menjadikan kemiskinan sebagai alasan untuk tidak melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
“Siri Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) 2016 dilancarkan bagi melunaskan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mencari, membantu dan memastikan tiada seorang pun pelajar bumiputera yang tercicir ke institut pengajian tinggi.
"Saya harap para pelajar lepasan SPM dan STPM dapat menggunakan sepenuhnya program Jelajah Pendidikan Bumiputera 2016 apabila diadakan di 64 tempat yang ditentukan di seluruh negara.