
Afterschool
October 5, 2016
Ini adalah sebagai balasan kepada pekeliling yang diekluarkan oleh kementerian pada 30 September lepas bahawa elaun akan ditangguhkan berikutan beberapa "isu teknikal" dan mereka menggesa pengecualian apa-apa penalti oleh pelajar untuk membayar sewa rumah dan sebagainya.
Tweet tersebut adalah seperti berikut:
"Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberi jaminan bahawa semua pelajar tajaan KPT di luar negara akan menerima elaun sara hidup masing-masing pada minggu ini iaitu selewat-lewatnya pada Jumaat 7 Oktober 2016. Sekian terima kasih."Mereka juga menggesa pelajar untuk membayar biaya penginapan terlebih dahulu dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul.