
Afterschool
December 15, 2015
Tarikh Permohonan BMAT:
15 Disember 2015 - 6 Januari 2016
Kelayakan:
1. Terbuka untuk warganegara Malaysia sahaja.
2. Terbuka kepada lepasan SPM tahun 2013 dan seterusnya, STPM, pelajar Asasi Sains atau Matrikulasi dan pelajar O-Level.
3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kredit minimum dalam Bahasa Malaysia dan Sejarah.
4. Mesti telah mencapai sekurang-kurangnya Band 3 dalam Malaysian University English Test (MUET) yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia.
5. Calon-calon yang berminat untuk menyertai akan menduduki BioMedical Admission Test (BMAT) (UMalaya). Ujian BMAT akan diadakan pada 13 Februari 2016 (Sabtu) di lokasi yang akan diumumkan.
Keperluan akademik minimum untuk menduduki BMAT di UMalaya (tertakluk kepada kelulusan Senat) adalah:
(i) Matrikulasi / 'Asasi Sains' / Setaraf
Lulus sekurang-kurangnya Gred A- (CGPA 3.67) dalam tiga (3) mata pelajaran pada peringkat Matrikulasi / setaraf iaitu:
Biologi
Kimia
Fizik / Matematik
ATAU;
(ii) STPM
Lulus sekurang-kurangnya Gred A- (CGPA 3.67) dalam tiga (3) mata pelajaran pada peringkat STPM:
Biologi
Kimia
Fizik / Matematik / Matematik Tambahan
DAN;
(iii) SPM / MCE atau yang setaraf dengannya
Lulus sekurang-kurangnya kredit dalam tiga mata pelajaran (3) berikut di peringkat SPM atau setaraf iaitu:
Biologi
Kimia
Fizik
Lulus dengan Gred A- (CGPA 3.67) dalam mata pelajaran berkenaan pada peringkat STPM / Matrikulasi yang boleh dianggap sebagai pengganti kepada kredit dalam mata pelajaran sama pada peringkat SPM;
Ketua Penolong Pendaftar, Pejabat Dekan,
Fakulti Perubatan, Universiti Malaya,
50603 Kuala Lumpur.
Yuran