logo
logo

    Courses

    Institutions

Bantuan Tunai RM100 Diberikan kepada Pelajar IPTA/IPTS Seluruh Negara

Afterschool

Afterschool

February 26, 2019





Kerajaan melalui Kementerian Kewangan (MOF) akan memberi bantuan sebanyak RM100 kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di IPT melaui Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT). Wang bantuan berkenaan akan disalurkan pada penghujung Mac 2019 nanti.

 

via GIPHY

 

Kepada yang tertanya bagaimana pihak MOF akan menyalurkan wang berkenaan, jangan risau wang tersebut akan terus dikreditkan ke akaun Bank Rakyat yang digunakan semasa anda menerima bantuan RM250 baucer buku terdahulu. 

 

via GIPHY

 

Keseluruhan peruntukan adalah sebanyak RM120 juta dan 1.2 juta pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di IPTA/IPTS akan menerima bantuan ini. Bagi kriteria kelayakan pula, ianya akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan kelak. Kami juga akan mengemaskini berita ini sebaik sahaja pihak KPM menghebahkan kelayakan penerima BPPT.