
Afterschool
February 27, 2018
Melanjutkan pengajian sememangnya adalah satu usaha untuk mengubah masa depan menjadi lebih baik dari sebelumnya. Tidak kiralah apa sebab sekalipun, majoritinya mahu mengubah kehidupan selain dapat membantu meringankan beban keluarga selepas menamatkan pengajian tetapi pada masa yang sama, masalah kewangan mewujudkan perasaan dilema. Hendak sambung belajar atau sebaliknya.
Kebanyakkan pelajar selepas berjaya melanjutkan pengajian, setiap kali hujung semester ada yang terpaksa mengikat perut kerana pinjaman PTPTN yang diperolehi tidak mampu menampung keseluruhan kos sara hidup di universiti. Makan, minum, fotokopi nota, cetak assignments, beli buku dan sebagainya. Hanya yang melanjutkan pengajian sahaja tahu erti kepayahan itu terutamanya mereka yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan. Itu adalah realiti yang harus difikirkan oleh pelajar yang kurang berkemampuan.

Jadi apa pilihan yang mereka ada, terima tawaran melanjutkan pengajian tetapi perlu habiskan pengajian dengan penuh kepayahan atau tangguh pengajian, cari kerja dahulu kemudian sambung semula atau berhenti dan bantu keluarga atau menolak terus tawaran berkenaan. Sedar atau pun tidak, ramai pelajar yang menghadapi masalah ini. Jadi, bagaimana jalan penyelesaianya?. Jika sekadar nasihat suruh bersabar, semua orang boleh lontarkan nasihat seperti itu. Bagi afterschool, nasihat sahaja tidak cukup jika tanpa jalan penyelesaian. Oleh itu, bagi membantu anda, kami kongsikan tempat yang boleh memohon bantuan jika ditawarkan pengajian ke universiti kelak atau yang sedang mengikuti pengajian sekarang dan memerlukan bantuan kewangan iaitu menerusi Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman (BPTAR).

BPTAR ini merupakan bantuan pelajaran untuk pelajar yang berlatarbelakang keluarga miskin bagi menampung kos sara hidup mereka selama dua (2) semester (10 bulan sahaja) semasa mengikuti pengajian sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (UA). Kepada yang berminat untuk membuat permohonan, berikut adalah syarat mudah yang diletakkan oleh BPTAR :

Bagaimana cara untuk memohon?. Semua permohonan mestilah diserahkan kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) universiti masing-masing bermula pada 15 Ogos 2018 sehinggalah 30 September 2018 (tarikh tutup). Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi. Pemohon yang tidak dihubungi oleh Hal Ehwal Pelajar universiti selepas 3 bulan daripada tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.
Jadi kepada anda yang risau mengenai masalah kewangan sekiranya berjaya dalam permohonan ke UA kelak, bolehlah memohon BPTAR ini sebaik sahaja berjaya ditawarkan masuk ke universiti awam (UA). Kepada yang sedang dalam pengajian, bolehlah memohon terus melalui HEP masing-masing. Borang permohonan boleh dimuat turun di laman BPTAR sebaik sahaja permohonan dibuka kelak (KLIK DISINI UNTUK KE LAMAN PERMOHONAN). Isi borang selengkapnya dan hantar ke HEP universiti masing-masing. Pihak HEP akan membantu menguruskan permohonan anda.

Sementara itu, kepada yang memohon dalam permohonan UPU 2018/2019, anda boleh mendapatkan info lengkap dan tip permohonan dengan memuat turun e-book panduan permohonan UPU yang dikongsikan secara PERCUMA. E-book ini adalah inisiatif afterschool untuk membantu anda dalam membuat permohonan. Tip yang dikongsikan dapat mengelakkan anda daripada melakukan sebarang kesilapan semasa membuat permohonan. Anda boleh MUAT TURUN SECARA PERCUMA dengan klik pada gambar muat turun dibawah :
SEMOGA BERJAYA!