
Afterschool
September 13, 2016
Untuk pertama kalinya, persatuan itu menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar yang sedang menuntut di institusi teknikal di Sarawak untuk menggalakkan lebih banyak tenaga kerja mahir.
STA, dengan kerjasama bersama ILPKS, akan menyediakan bantuan untuk sembilan pelajar cemerlang dari institusi-institusi yang terlibat, untuk menghadiri kursus sijil profesional yang terdiri daripada persediaan kecemasan, pelan tindakan, laporan kejadian, dan teknik analisis untuk kursus keselamatan minyak dan gas.
STA akan menyumbang kepada yuran sehingga RM2,500 bagi setiap pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka.
Pengerusi STA Datuk Wong Kie Yik berkata persatuan itu berharap kursus-kursus tersebut akan menambah nilai kepada kerjaya pelajar.
Persatuan itu akan memberi bantuan kewangan sehingga RM1,800 setiap satu untuk enam pelajar IKM yang cemerlang, yang sedang menjalani program kursus sijil elektrik, automotif, marin dan kejuruteraan kimpalan.
STA juga telah memberi ganjaran kepada 452 pelajar SPM dan 169 pelajar STPM yang telah mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan tahun lepas. Pelajar lepasan SPM menerima RM550 setiap seorang manakala bagi pelajar lepasan STPM menerima RM650 setiap seorang. Akan ada satu lagi pusingan untuk penerimaan anugerah wang tunai untuk tahun ini.
Biasiswa STA Biasiswa telah dianugerahkan kepada empat pemenang yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Perhutanan dan Industri Perdagangan Kayu di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Universiti Putra Malaysia, Swinburne Universiti Teknologi Sarawak dan Curtin University of Technology Sarawak.
Sejak tahun 2005, 19 penerima Biasiswa STA telah lulus dari universiti-universiti di atas.
Melalui STA, Daiken Corp Bhd juga telah memberi ganjaran biasiswa kepada tiga pelajar universiti.
Kerjasama dengan institusi pengajian tinggi ini menyaksikan persatuan itu memperuntukkan RM400,000 kepada Unimas untuk projek penyelidikan bagi menghasilkan bahan tanaman berkualiti tinggi untuk perladangan hutan. STA juga menyediakn RM582,420 untuk Universiti Swinburne bagi projek penyelidikan baja bio.
"STAM juga telah memperuntukkan sejumlah RM126,000 untuk membantu sekolah-sekolah luar bandar dalam kawasan konsesi balak yang memerlukan. Di samping itu, bantuan tambahan disediakan untuk pembaikan dan penyelenggaraan perabot dan kemudahan utama dalam beberapa sekolah-sekolah luar bandar yang dinamakan oleh syarikat-syarikat ahli.
"Sebanyak RM360,000 telah diperuntukkan bagi projek-projek ini.
"Persatuan ini berharap dengan bantuan tersebut, kami mampu untuk mewujudkan persekitaran dan kemudahan yang lebih baik kepada pelajar di sekolah luar bandar terpilih," kata Wong dalam ucapannya yang dibacakan oleh bendahari STA, Philip Choo Kwong Hui.