logo
logo

    Courses

    Institutions

Adik selebriti kritik sekolah kerajaan

Afterschool

Afterschool

February 24, 2016





Adik selebriti kritik sekolah. Adik Neelofa di'serang' dalam media sosial atas kritikannya terhadap sekolah kerajaan. Adik Neelofa_600x400 Ameera Khan, yang belajar di sekolah antarabangsa, dikatakan mengkritik sekolah kerajaan dalam satu video di Youtube dengan mengatakan guru di sekolah kerajaan membuat kerja cincai dan tidak berfikir di luar kotak dan tandas yang kotor. Perkara tersebut menimbulkan pelbagai pandangan di kalangan netizen di media sosial kerana melibatkan ahli keluarga seorang selebriti yang terkenal di negara ini. Sebelum ini, Ameera pernah mencetuskan kontroversi apabila membalas kenyataan di akaun Instagram dengan bahasa yang kurang baik disebabkan ada segelintir peminat yang memberikan komen negatif terhadap gambar yang di muat naik oleh kakaknya, Neelofa.