
Afterschool
January 4, 2016
Hanya warganegara Malaysia yang layak memohon dan menerima bantuan pinjaman dari PTPTN.
Anda tidak boleh berumur lebih daripada 45 tahun pada tarikh permohonan dibuat.
Anda perlu tunjukkan surat penawaran atau bukti sedang belajar di mana-mana kampus.
Untuk Universiti dan Institusi Awam: kursus dan kampus yang terdaftar dan diluluskan oleh Kementerian Pendidikan.
Untuk Universiti dan Institusi Swasta: kursus dan kampus yang diberi tauliah oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA).
Jika anda sudah mendaftar di universiti atau kolej, baki tempoh pengajian anda pada masa permohonan hendaklah tidak kurang daripada satu (1) tahun. Pelajar tahun pertama tidak akan mengalami sebarang masalah dalam hal ini.
Jika anda sedang atau akan menerima bantuan dalam bentuk biasiswa atau pinjaman dari pihak selain PTPTN, anda tidak layak memohon.
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) adalah skim simpanan yang diperkenalkan khas oleh PTPTN. Pelajar yang ingin memohon WAJIB mempunyai akaun SSPN-i dengan deposit minimum seperti yang ditetapkan oleh PTPTN. Anda digalakkan untuk membuka akaun SSPN-i pada mana-mana cabang Maybank, Bank Islam, Agrobank, Bank Rakyat atau RHB.
Tak mahu PTPTN, dan layak untuk dapatkan biasiswa? Baca lebih lanjut 6 fakta untuk dapatkan biasiswa di sini.
https://afterschool.my/bm_old/tips-belajar-bijak/6-fakta-untuk-dapatkan-biasiswa/
