logo
logo

    Courses

    Institutions

6 Pelajar Matrikulasi Di Kompaun, Exco PAS Perak Setuju dengan Denda yang Dikenakan

Afterschool

Afterschool

April 23, 2021





Baru-baru ini tindakan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) mengenakan kompaun ke atas enam pelajar Kolej Matrikulasi Perak dianggap wajar dan bukan penganiayaan.

 

Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, pihak pegawai penguat kuasa hanya menjalankan tugas kerana pelajar berkenaan dianggap tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penularan Covid-19.

 

 

Beliau juga berkata, kesemua pelajar berkenaan masih boleh merayu untuk pengurangan jumlah kompaun berkenaan dan sekiranya mereka tidak berkemampuan untuk membayar,  pihaknya akan membantu untuk membayar kompaun tersebut. Dengan jumlah pengurangan yang diberikan kelak, beliau yakin pelajar-pelajar berkenaan mampu membayarnya.

 

RTIKEL BERKAITAN