
Afterschool
December 7, 2016
Bagi keseluruhan 54 orang pelajar Malaysia, yang mana 49 orang adalah daripada Universiti Tohoku manakala selebihnya menuntut di Sendai Kosen Technical College di daerah Fukushima telah disahkan berada dalam keadaan yang selamat.
Pengesahan itu disahkan sendiri oleh Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang bertugas di Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo ketika dihubungi oleh pihak kementerian. Menurut kenyataan pihak Kementerian melalui menterinya Datuk Seri Idris bin Jusoh, “Kedudukan universiti yang berada jauh dari kawasan pantai tempat berlakunya gegaran gempa tidak menjejaskan penuntut Malaysia yang menyambung pengajian di sana. Walau bagaimanapun, pelajar sudah diingatkan untuk sentiasa peka dengan arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa keselamatan di Fukushima dari semasa ke semasa,” ujarnya.
Sementara itu, dalam kenyataan yang lain, Kementerian Luar Negara yang terletak di Tokyo memaklumkan bahawa pemantauan akan terus dilakukan bagi mengetahui keadaan semasa. Pihak kementerian juga akan sentiasa berhubung rapat dengan pihak berkuasa Jepun untuk mendapatkan sebarang makluman serta perkembangan tragedi gempa tersebut.