
Afterschool
June 27, 2017
Bravo-Bravoo!! Baru-baru ini diumumkan QS World University Rankings. 5 buah universiti awam mencatatkan peningkatan dalam kedudukan masing-masing berbanding pada tahun lepas iaitu UM, UPM, UKM, UTM dan USM.
Untuk pengetahuan anda, QS World University Rankings pertama kali diperkenalkan pada tahun 2004. Sehingga kini ianya telah disertai lebih daripada 2,000 institusi seluruh dunia dan telah memberi penarafan lebih daripada 800 institusi di seluruh dunia. Kedudukan tangga bawah 400 adalah kedudukan individu, manakala insitutsi yang diletakkan kedudukan 401 dan ke atas adalah disenaraikan dalam kumpulan. Terdapat 5 kriteria yang diukur di dalam penarafan QS iaitu:
Kalau anda hendak tahu universiti mana yang terbaik, rajin-rajinlah semak ranking universiti dunia pada setiap tahun!. TAHNIAH diucapkan kepada semua universiti!. Berbanggalah, jika anda belajar di universiti yang disenaraikan kerana anda merupakan salah seorang yang menjadi penyumbang kepada kejayaan universiti anda!.