logo
logo

    Courses

    Institutions

2 Pelajar Universiti Ditangkap Polis Susulan Disyaki Terlibat dalam Kumpulan Militan Daesh

Afterschool

Afterschool

December 26, 2016





Dua (2) orang pelajar universiti Al-Madinah International University (MEDIU) telah ditangkap polis susulan disyaki terlibat dalam kumpulan militan Daesh. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah dimaklumkan oleh pihak pengurusan MEDIU berhubung dengan isu ini.

 

isis-terrorists

 

Pengesahan penangkapan itu telah dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung penahanan tujuh lelaki pada 3 November hingga 16 Disember yang lalu selepas disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan. Dua daripadanya adalah pelajar asing yang merupakan penuntut di Universiti MEDIU.

  [caption id="attachment_4431" align="aligncenter" width="486"] Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar[/caption]  

Kumpulan militan Daesh adalah sebuah kumpulan yang berjuang kononnya untuk mewujudkan semula sistem khalifah di muka bumi ini. Ketuanya, Abu Bakar al-Baghdadi mengakui bahawa beliau adalah ketua buat kesatuan Islam sedunia dan bertanggungjawab untuk mengajak umat islam ke arah mencapai agenda tersebut.

  [caption id="attachment_4434" align="aligncenter" width="490"]isis-abu-bakr-al-baghdadi-611304 Ketua Militan Daesh, Abu Bakar al-Baghdadi[/caption]  

Kebangkitan secara mendadak militan Daesh adalah lantaran konflik di Syria pada 2011 serta aspirasi Arab Spring yang menular di Asia Barat. Umat Ahli Sunnah Wal Jamaah di bumi Syria, yang sekian lama ditekan rejim Bashar al-Assad, mewujudkan penentangan bersenjata, dan akhirnya apa yang berlaku adalah konflik berdarah yang mengorbankan ratusan ribu manusia dan tidak menampakkan tanda berakhir hingga kini.

 

dasesggghh-transformed

 

Akibat ribuan nyawa yang tidak bersalah terkorban,  agenda kumpulan ini tidak mendapat sambutan oleh majoriti umat Islam memandangkan ianya menggunakan kekerasan bagi mencapai matlamat dan dikatakan lari daripada erti jihad yang sebenar.

 

Susulan tangkapan berkenaan, KPT menerusi Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada 23 Disember yang lalu berkata "KPT memandang serius penangkapan dua orang pelajar MEDIU oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas Daesh.

 

"KPT bersedia untuk memberi kerjasama yang penuh kepada PDRM, JIM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN)  untuk menjalankan siasatan bagi memastikan keselamatan pelajar dan rakyat terpelihara selain mengingatkan kepada pihak universiti di negara ini untuk mematuhi Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 ( Akta 555)".

 

Rentetan daripada tangkapan tersebut, Timbalan Rektor Hubungan Luar MEDIU, Datuk Dr Ab. Ghani berkata, pihak universiti telah bertindak menyingkirkan kedua-dua pelajar tersebut daripada universiti berkenaan. Keputusan itu dimaklumkan oleh pihak universiti pada 22 Disember yang lalu dalam satu mesyuarat yang diadakan antara KPT dan MEDIU bagi membincangkan mengenai Status Penambahbaikan Silibus Akidah di MEDIU untuk mendapat pengiktirafan kelayakan bagi tujuan perlantikan graduan MEDIU dalam Perkhidmatan Awam.

 

mediu_al-madinah_university

 

Mesyuarat tersebut turut disertai oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Perwakilan Pelajar dan wakil bekas pelajar MEDIU. Dalam mesyuarat tersebut wakil MEDIU telah memaklumkan satu jawatan kuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji dan menambah baik silibus akidah seperti mana yang dicadangkan oleh pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).