logo
logo

    Courses

    Institutions

150,000 pemohon memohon universiti awam melalui UPU tahun ini

Afterschool

Afterschool

March 24, 2016





Sejumlah 150,000 pelajar telah memohon untuk masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sejak permohonan dibuka Januari lepas. 102028526-Grad.600x400, 150,000 pemohon memohon universiti awam melalui UPU tahun ini Menurut Pengarah Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Mazula Sabudin berkata, walaupun jumlah itu melepasi sasaran awal, katanya, mereka berharap lebih banyak lagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan setaraf agar memohon bagi mengisi tempat disenaraikan dalam portal UPU Online. Katanya sebanyak 20 universiti awam, 34 politeknik, 93 kolej komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam disenaraikan untuk pilihan pelajar. "Permohonan ini akan ditutup pada April. Setiap tahun kita menerima hampir 300,000 permohonan," katanya ketika ditemui pemberita pada Program Jom Masuk IPTA Parlimen Tawau di sini hari Sabtu. Permohonan UPU akan ditutup pada 4 April, 2016, jam 4:00 petang. Klik di sini untuk mengetahui maklumat lengkap menganai UPU.