logo
logo

    Courses

    Institutions

14 biasiswa yang boleh dimohon di bulan Merdeka!

Afterschool

Afterschool

August 25, 2016





Merdeka! Merdeka! Merdeka! Inilah senarai biasiswa yang kamu boleh mohon di bulan kemerdekaan! cara-pandang-tentang-kebebasan Kemerdekaan juga bererti bebas mendapatkan pendidikan dan bebas daripada hutang pinjaman pelajaran. Jadi sempena Hari Kemerdekaan ke-59 yang bakal tiba ni, kami senaraikan bukan 10, tapi 14 biasiswa yang kamu boleh mohon!  

1. Biasiswa Felda Global Ventures (FGV) 2016

2016-08-23_1153

Tajaan penuh untuk bakal pelajar Ijazah Sarjana Muda daripada syarikat pertanian global terbesar di Malaysia!

Tarikh tutup: 8 September 2016

Pautan: https://afterschool.my/bm_old/biasiswa/biasiswa-felda-global-ventures-fgv-2016/

2. Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS)

large_article_im322_grad_caps2 Biasiswa dalam bentuk pinjaman ini ditawarkan khas kepada anak-anak Selangor yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Sijil , Diploma dan Ijazah! Tarikh tutup: 30 Ogos 2016 Pautan: https://afterschool.my/bm_old/biasiswa/tabung-kumpulan-wang-biasiswa-negeri-selangor-tkwbns/

3. Biasiswa Taylor’s Early Action 2017

2016-08-15_1452 Tajaan yuran pengajian 100% untuk pelajar cemerlang akademik dan ko-kurikulum. Kursus pilihan terdiri daripada Perubatan, Hospitaliti, Pelancongan & Seni Kulinari, Undang-undang, Ukur Bahan, Seni Reka dan banyak lagi! Tarikh tutup: 2 September 2016 Pautan: https://afterschool.my/bm_old/biasiswa/biasiswa-taylors-early-action-2017/

4. Biasiswa Loh and Loh Corporation Berhad 2016

intro02 Tawaran biasiswa untuk pelajar kursus ukur bahan, ukur tanah, bangunan atau pengurusan pembinaan, kejuruteraan sivil dan struktur atau kursus-kursus lain yang seangkatan. Tarikh tutup: 31 Ogos 2016 Pautan: https://afterschool.my/bm_old/biasiswa/biasiswa-loh-loh-corporation-berhad-2016/

5. Anugerah Biasiswa Syariah Isra Bank Negara Malaysia

jjjjjjjjjjjjj Biasiswa untuk pelajar Sarjana atau Doktor Falsafah Kajian yang ingin melanjutkan pengajian dalam Syariah, Kewangan Islam atau yang setaraf dengannya dalam mod sepenuh masa. Tarikh tutup: 10 September 2016 Pautan: https://afterschool.my/bm_old/biasiswa/anugerah-biasiswa-syariah-isra-bank-negara-malaysia/

6. Biasiswa Mudajaya Group Berhad

shutterstock_199369976-750x375 Tawaran biasiswa Ijazah Sarjana Muda untuk pelajar kejuruteraan awam, ukur bahan, ukur tanah dan yang seangkatan dengannya. Selepas belajar, akan ditawarkan pekerjaan di Mudajaya Group Berhad! Tarikh tutup: 30 Disember 2016 Pautan: https://afterschool.my/bm_old/biasiswa/biasiswa-mudajaya-group-berhad/

7. Biasiswa Canselor City-U Pro 2016

2016-08-25_1241 City University College of Science & Technology menawarkan tiga biasiswa; Biasiswa Kepimpinan, Biasiswa Kecemerlangan Akademik, atau Biasiswa Sukan. Pilih yang mana satu bersesuaian dengan anda! Tarikh tutup: 30 Disember 2016 Pautan: https://afterschool.my/bm_old/biasiswa/biasiswa-canselor-city-u-pro-2016/

8.  Biasiswa Kecemerlangan Akademik Erican

CPN_MY_77091_main(408x270)-d-014494 Tajaan yuran pengajian 100% untuk kursus-kursus seperti Perakaunan, Perniagaan, Seni Kulinari, Senireka Grafik, Pengurusan Hotel, Teknologi Maklumat dan banyak lagi! Tarikh tutup: 22 Februari 2017 Pautan: https://afterschool.my/bm_old/biasiswa/biasiswa-kecemerlangan-akademik-erican/

9. Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman 2016

tunku-abdul-rahman-14 (1) Biasiswa ini dikhususkan untuk pelajar Ijazah Sarjana Muda yang berlatar belakangkan keluarga miskin bagi menampung kos sara hidup untuk dua semester. Tarikh tutup: 30 September 2016 Pautan: https://afterschool.my/bm_old/biasiswa/bantuan-pelajaran-tunku-abdul-rahman-2016/

10. Pemberian Pengajian Tunku Abdul Rahman 2016

tunku-abdul-rahman-14 (1) Biasiswa ini dikhususkan untuk pelajar yang cemerlang pencapaian akademik dan sedang mengikuti pengajian dalam bidang Soft Sciences serta mempunyai potensi di dalam kepimpinan. Tarikh tutup: 30 September, 2016 Pautan: https://afterschool.my/bm_old/biasiswa/pemberian-pengajian-tunku-abdul-rahman-2016/

11. Dermasiswa Tunku Abdul Rahman 2016

tunku-abdul-rahman-14 (1) Biasiswa ini khas untuk pelajar yang cemerlang pencapaian akademik dan sedang mengikuti pengajian dalam bidang Hard Sciences serta mempunyai potensi di dalam kepimpinan. Tarikh tutup: 30 September, 2016 Pautan: https://afterschool.my/bm_old/biasiswa/dermasiswa-tunku-abdul-rahman-2016/

12. Program Kecemerlangan MICPA-TalentCorp

MICPA NewLg Msia [Converted] The Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA) dan TalentCorp menawarkan biasiswa kepada mereka yang akan melanjutkan pelajaran ke tahun keempat MICPA-CAANZ. Tarikh tutup: 30 Disember, 2016 Pautan: https://afterschool.my/bm_old/biasiswa/program-kecemerlangan-micpa-talentcorp/

13. Biasiswa Yayasan Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR)

sarawak-002 Tawaran Biasiswa Yayasan Sarawak Tunku Abdul Rahman untuk Peringkat Ijazah Pertama di Dalam Negara & Ijazah Lanjutan di Dalam & Luar Negara bagi sesi pengajian 2016/2017. Tarikh akhir: 1 September 2016 (jam 4 petang) Pautan: https://afterschool.my/bm_old/biasiswa/biasiswa-yayasan-sarawak-tunku-abdul-rahman-ybstar/

14. Biasiswa Global Leader oleh Universiti Musashino, Tokyo

main Universiti Musashino di Tokyo, Jepun menawarkan biasiswa untuk rakyat Malaysia yang ingin mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Global Business. Tarikh tutup: 30 November 2016 Pautan: https://afterschool.my/bm_old/biasiswa/biasiswa-global-leader-oleh-universiti-musashino-tokyo/