
Afterschool
April 28, 2016
Seramai 73,609 graduan telah berjaya dilatih menerusi Skim Latihan 1Malaysia (SL1M), program yang disediakan kerajaan untuk tingkat kebolehpasaran graduan sejak tahun 2011 hingga Mac tahun ini.
Datuk Seri Ismail mengatakan sebanyak 107,000 jumlah graduan menganggur dicatatkan bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini yang berlaku disebabkan kelulusan akademik rendah, kurang berminat dengan pekerjaan yang ditawarkan selain tidak sepadan dengan bidang pengajian yang diikuti di universiti.